Kayak Little Amazon Adventure

1 Day

Aktiviti Kayak di Kuala Berang

Tersembunyi sebagai salah satu permata alam di Hulu Terengganu, Little Amazon menawarkan pengalaman berkayak yang tenang melalui aliran air hulu yang segar dan mendamaikan jiwa.

Sepanjang kayuhan menyusuri laluan sungai yang damai ini, peserta akan dikelilingi oleh pokok-pokok Keruing Neram yang gah berdiri di sepanjang tebing sungai. Dahan-dahannya yang rendang membentuk kanopi semula jadi berlapis, menapis cahaya matahari dan mewujudkan suasana seperti terowong hijau yang menyegarkan.

Setiap kayuhan membawa anda lebih dekat dengan ketenangan alam, ditemani kehijauan hutan, bunyi unggas, serangga dan irama lembut aliran air sungai.

Tarikan Utama

  • Aktiviti berkayak di sungai yang tenang, sesuai untuk beginner
  • Laluan semula jadi seperti terowong hijau daripada pokok-pokok sungai yang unik
  • Dikelilingi bunyi burung, serangga dan suasana alam semula jadi
  • Lokasi menarik untuk fotografi dan pencinta alam

You can send your enquiry via the form below.

Kayak Little Amazon Adventure
From RM170
/ Adult