Pulau Redang 3D2N Deluxe Seaview Fullboard
Pakej ini menawarkan percutian santai ke Pulau Redang selama 3 hari 2 malam dengan konsep fullboard, iaitu termasuk penginapan, makanan utama, snorkeling trip dan kemudahan resort.
Pakej ini sesuai untuk:
- Pasangan
- Keluarga
- Kumpulan rakan
- Trip santai pulau
- Percutian tanpa perlu susun banyak perkara sendiri
Tempoh Sah Perjalanan (Mac - Oktober)
🕒 Itinerari Pakej Pulau Redang 3 Hari 2 Malam
Cadangan jadual perjalanan untuk Pakej Pulau Redang Fullboard Seaview Escape. Jadual sebenar tertakluk kepada masa bot, cuaca, keadaan laut dan operasi resort.
| Hari | Masa | Aktiviti | Penerangan |
|---|---|---|---|
| Hari 1 | Pagi |
Tiba di Jeti Merang
|
Peserta berkumpul di Jeti Merang untuk pendaftaran dan persediaan menaiki bot ke Pulau Redang mengikut jadual yang telah ditetapkan. |
| Hari 1 | Pagi / Tengah Hari |
Bot ke Pulau Redang
|
Bertolak dari Jeti Merang ke Pulau Redang dengan bot berjadual sambil menikmati pemandangan laut yang indah. |
| Hari 1 | Tengah Hari |
Check-in & Makan Tengah Hari
|
Tiba di resort, daftar masuk ke bilik Deluxe Seaview dan menikmati makan tengah hari yang disediakan. |
| Hari 1 | Petang |
Sesi Snorkeling Pertama
|
Nikmati pengalaman snorkeling di sekitar Pulau Redang dan terokai keindahan hidupan marin serta air laut yang jernih. |
| Hari 1 | Malam |
Makan Malam
|
Makan malam di resort dan masa santai untuk berehat selepas aktiviti hari pertama. |
| Hari 2 | Pagi |
Sarapan Pagi
|
Mulakan hari kedua dengan sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti snorkeling dan masa santai di pulau. |
| Hari 2 | Pagi / Tengah Hari |
Sesi Snorkeling Kedua
|
Peserta akan dibawa ke lokasi snorkeling yang sesuai, tertakluk kepada keadaan laut dan keselamatan semasa. |
| Hari 2 | Tengah Hari |
Makan Tengah Hari
|
Makan tengah hari disediakan di resort selepas aktiviti snorkeling. |
| Hari 2 | Petang |
Leisure Time / Sesi Snorkeling Ketiga
|
Masa bebas untuk berehat, bergambar, bermain di pantai atau mengikuti sesi snorkeling tambahan mengikut jadual resort. |
| Hari 2 | Malam |
BBQ Dinner
|
Nikmati pengalaman makan malam BBQ di resort dalam suasana santai percutian pulau. |
| Hari 3 | Pagi |
Sarapan & Free Easy
|
Sarapan pagi di resort dan masa bebas untuk menikmati suasana terakhir di Pulau Redang sebelum daftar keluar. |
| Hari 3 | Pagi / Tengah Hari |
Bot Pulang ke Jeti Merang
|
Daftar keluar dan menaiki bot pulang ke Jeti Merang mengikut jadual yang telah ditetapkan. |
Apa Yang Termasuk
Pakej ini termasuk:
- Bot pergi balik dari Jeti Merang mengikut jadual
- 2 malam penginapan bilik Deluxe Seaview
- Bilik berhawa dingin, bilik air sendiri dan safety box
- Makanan fullboard
- 3 sesi snorkeling
- BBQ Dinner
- Kopi dan teh percuma di kantin
- Kemudahan resort seperti beach volleyball dan board games
- SST 8%
Tidak Termasuk
- Tourism Tax RM10 sebilik / semalam
- Bayaran Taman Laut
- Bayaran jeti RM5 seorang
- Sewa peralatan snorkeling jika diperlukan
- Insurans pilihan
- Transfer luar waktu bot berjadual
Frequently Asked Questions
Soalan Lazim
Pakej ini termasuk bot pergi balik dari Jeti Merang mengikut jadual, 2 malam penginapan di bilik Deluxe Seaview, makanan fullboard, 3 sesi snorkeling, BBQ Dinner, kopi dan teh percuma di kantin serta penggunaan kemudahan resort terpilih.
Ya. Pakej ini termasuk makanan fullboard iaitu 2 sarapan pagi, 2 makan tengah hari, 2 minum petang, 1 makan malam dan 1 BBQ Dinner.
Lokasi bertolak adalah dari Jeti Merang, Terengganu mengikut jadual bot yang telah ditetapkan.
Ya. Bot pergi balik dari Jeti Merang ke Pulau Redang termasuk dalam pakej, tertakluk kepada jadual perjalanan yang ditetapkan.
Peralatan snorkeling tidak termasuk dalam pakej. Pelanggan boleh menyewa peralatan snorkeling jika diperlukan, seperti mask & snorkel, mask dengan kanta khas dan jaket keselamatan.
Pakej ini termasuk 3 sesi snorkeling sepanjang tempoh penginapan, tertakluk kepada keadaan cuaca dan laut semasa.
Tidak. Bayaran Taman Laut tidak termasuk dalam pakej dan perlu dibayar secara berasingan.
Ya. Caj tambahan yang tidak termasuk dalam pakej ialah Tourism Tax, bayaran Taman Laut, bayaran jeti, sewaan peralatan snorkeling, insurans pilihan dan sebarang transfer di luar jadual bot yang ditetapkan.
Toddler berumur 1 hingga 3 tahun dikenakan caj khas tanpa katil dan berkongsi dengan ibu bapa. Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun menggunakan kadar kanak-kanak. Pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas dikira sebagai dewasa.
Ya. Pakej ini sesuai untuk keluarga, pasangan, rakan-rakan dan kumpulan yang ingin menikmati percutian pulau yang lengkap dengan penginapan, makanan, snorkeling dan masa santai di resort.
Tidak. Harga akhir boleh berubah mengikut tarikh perjalanan, musim puncak, hujung minggu, cuti umum, bilangan peserta dan susunan bilik.
Tidak. Transfer dari MBKT, Lapangan Terbang Kuala Terengganu atau bandar Kuala Terengganu ke Jeti Merang tidak termasuk, tetapi boleh ditambah sebagai add-on pilihan.
Aktiviti bot dan snorkeling tertakluk kepada keadaan cuaca dan laut semasa. Jika terdapat faktor keselamatan, jadual perjalanan atau aktiviti mungkin berubah mengikut keputusan pihak pengendali.
Lokasi Pulau Redang











